Kunci disiplin bebas kewangan


Petikan dari Majalah Niaga

Simpan 10% – Kunci Disiplin Capai Bebas Kewangan

July 02, 2014 — Penulis: Insyirah A.

Kategori: Artikel / Motivasi

Simpan 10% adalah antara displin kekayaan yang diamalkan oleh Arkad, antara lelaki terkaya di Babylon yang dikongsi dalam buku The Richest Man in Babylon. 10% nampak kecil apabila dilihat pada nilainya. Andai kita buat dalam bentuk angka.

10% daripada RM1 = 10 sen

10% daripada RM10 = RM1

10% daripada RM1,000 = RM100

Semakin banyak pendapatan kita, semakin banyak simpanan kita. Satu perkara penting untuk dihadam adalah, kita simpan dengan niat untuk tingkatkan kekayaan bukan untuk kecemasan.

“Apa yang kita fikir, rasa, cakap, tulis & buat segalanya adalah doa.” – Dr. Azizan Osman

Justeru, elakkan daripada niat menyimpan untuk kecemasan, oleh sebab ada potensi ia jadi kenyataan. Selepas betulkan niat, perkara penting seterusnya adalah kita simpan untuk melabur bagi mencapai kebebasan kewangan.

Mitos Cara Jadi Orang Kaya

Bagi orang biasa yang tidak mempunyai pemikiran dan jiwa orang kaya, mereka akan menganggap, orang kaya menjadi kaya kerana banyak pendapatan. Guru saya berkongsi,

The Richest Man in Babylon

“Apabila kita tiada simpanan, kita tidak akan dapat melabur. Apabila kita tidak dapat melabur, kita tiada potensi menjadi kaya.”

Tidak guna andai pendapatan perniagaan kita RM25,000 tiap bulan tetapi dalam setahun, kita hanya ada RM250 simpanan. Ia adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Kita lihat orang yang dapat duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas bersara.

Sebagai contoh, jumlah duit KWSP mereka adalah bernilai RM200,000. Kajian yang dijalankan oleh KWSP menunjukkan kebanyakan pesara menghabiskan simpanan mereka dalam masa kurang 3 tahun.

Andai seseorang yang tidak mempunyai ilmu kewangan, RM1 juta pun boleh dihabiskan mereka dalam masa satu hari. Berbeza dengan seseorang yang mempunyai pemikiran orang kaya. Mereka mempunyai ilmu bagaimana menggunakan RM1 juta untuk menjadi RM3 juta, RM5 juta dan berkali-ganda daripada apa yang mereka ada.

Jadi, daripada kisah pesara dengan duit KWSP tadi,dapat kita simpulkan, orang kaya menjadi kaya kerana mereka gunakan simpanan untuk melabur, bukan untuk dihabiskan. Mereka melabur untuk bebas kewangan.

Apa Itu Bebas Kewangan?

“Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.” – Irfan Khairi

Simpanan 10% Membina Dunia Dalaman

Apakah perasaan kita apabila kita ada RM1,000 dalam dompet dengan RM10? Pasti berbeza kan? 10% kelihatan peratus yang kecil, tetapi hakikatnya ia memberi impak dalam membina dunia dalaman kita untuk menjadi kaya.

“We do not attract what we want, but what we are.” – James Allen

Dalam Islam ada petikan hadis,

“Bukanlah kekayaan itu karena banyaknya harta, tetapi kekayaan adalah kaya hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari no. 6446 dan Muslim no. 2417)

Kita berniaga. Alhamdulillah, kita peroleh pendapatan RM30,000 pada tiap bulan. Tetapi kita takut untuk bersedekah, kita kedekut untuk memberi. Kerana apa? Kerana kita takut, andai kita beri, kita akan semakin miskin. Di saat itu yang sebenarnya adalah pemikiran dan jiwa kita yang miskin. Pemikiran dan jiwa kita tidak berasa berlimpah-ruah dengan rezeki yang Tuhan beri.

kewangan bebas

Yang sebenarnya bukanlah kita tidak kaya, tetapi kerana pemikiran dan jiwa kita yang miskin dan buta untuk memahami betapa berlimpah-ruahnya rezeki yang Allah boleh beri. Hatta andai kita ada RM1 juta, tetapi kita kedekut haji bakhil untuk memberi, ia menunjukkan kita miskin pemikiran dan jiwa. Sedangkan RM1 juta itu adalah nilai yang besar dan banyak.

Oleh sebab itu pentingnya mempunyai simpanan yang banyak, supaya kita rasa kita kaya. Pemikiran dan jiwa kita berasa berlimpahan dengan adanya simpanan yang banyak, yang boleh digunakan untuk pelaburan.

Rumusan proses simpanan 10% ini adalah :

Niat simpan untuk kekayaan semakin meningkat
Displin simpan 10%
Belajar ilmu kewangan seperti pelaburan
Laburkan duit simpanan untuk pelaburan bagi membina hidup yang bebas kewangan
Sebelum
Tip Memastikan Produk dan Pelaburan Patuh Syariah
Seterusnya
4 Faktor Pelanggan Liat Beri Duit & Cara Atasinya

http://www.wrthrough.com/
Warren Buffett – 5 Sihir Kekayaan Kekal Abadi
Mistik Kekayaan – Mesti ‘Buy Low Sell High
kata sifu,

“Tiada simpanan, tidak dapat buat pelaburan. Tiada pelaburan tidak dapat jadi kaya.”

Thanks for your comment