Pelaburan Emas Pilihan Dua Guru

Master Dealer Emas Mudah, Pn. Che Rohana ditemuramah dan dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian.

Sisipan Sinar Harian

Seorang lagi pengedar, juga seorang guru, Che Rohana Ibrahim, 46 dari Bachok, Kelantan berkata, pada mulanya dia tidak pernah terlintas untuk menjadikan perniagaan emas itu sebagai pendapatan sampingan yang mana dia hanya gemar menyimpan emas.

"Saya memang suka simpan emas, pad a mulanya saya hanya beli dari kawan. Selepas itu, saya tengok pada kad nama kawan saya, dan saya terus je pejabat Public Gold. Disitu, pekerja disitu menasihati saya supaya saya menyertai perniagaan ini dan ternyata, ia amat berbaloi.

"Dengan bermodalkan RM30,000 saya menyertai Public Gold dan Alhamdulillah, pendapatn saya kini melebihi gaji saya sebagai seorang guru. Dengan kesabaran dan berkat kesungguhan, perniagaan saya kini semakin berkembang," katanya.

Guru Fizik dan Matematik ini mula terlibat dengan perniagaan Public Gold ini sejak 2 Disember 2010 dan kawasan perniagaannya meliputi seluruh Malaysia. Dia menjadi 'Master Dealer' hanya selepas 28 hari menyertai Public Gold.

Che Rohana juga menggunakan blog sebagai medium alternatif untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai pelaburan emas.

Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut pelaburan emas dengan melayari laman blog bisnesemasmudah.blogspot.com atau terus menghubunginya di talian 017-9379668 dan 014-8386701.
Thanks for your comment