GAP - PROGRAM KUMPUL EMAS

GAP (Gold Accumulation Program) PUBLIC GOLD adalah
Program kumpul emas fizikal pertama di Asia.
Beli emas dengan  GAP,
tersimpan dan terkumpul emas dalam akaun gap, tambah beli jual emas online dan dapat keluarkan jongkong emas bila-bila masa di mana-mana 19 cawangan Public Gold.

1. GAP adalah program mengumpul emas dengan membeli emas 24k secara kecil-kecilan seperti emas 1 gram dan menambah belian emas apabila mempunyai wang atau bila harga emas rendah
supaya dapat mengumpul emas yang banyak dan mengeluarkan emas fizikal 24k sama ada jongkong emas 24k atau emas dinar 24k LBMA tanpa cukai GST. Emas yang dibeli melalui GAP adalah berketulenan 24 karat 999.9 berkualiti antarabangsa (London Bullion Market Association accredited refinery).

2. Modal minima yang diperlukan untuk menyertai program GAP adalah RM100 atau harga harian emas 1 gram. Tapi disyorkan membeli emas dalam gandaan 1 gram agar patuh syariah.

3. Untuk menyertai program GAP
HANYA membeli emas membeli emas 1 gram 24k dengan harga  RM194 pada 25 april 2017 atau RM100 dan secara automatik anda akan menjadi sebahagian dari keluarga besar public gold

4.  Emas Fizikal Dalam Program GAP
boleh di keluarkan atau di ambil emas dalam bentuk fizikal sama ada gold bar atau emas dinar dengan mengunjungi sendiri ke cawangan kami. Bawa IC dan duit untuk gold premium.

5. Emas dalam GAP Public Gold
Boleh di jual dengan walk-in @ telefon @ whatsapp kepada kami. Jika telah mengeluarkan emas fizikal dan emas disimpan ditangan, maka emas tersebut boleh dijual terus kepada kami.

6. Caj penyimpanan emas dalam program GAP adalah percuma. Berbeza dengan pembelian emas secara terus, caj penyimpanan akan dikenakan jika tidak mengambil emas fizikal yang dibeli dalam masa 2 bulan.

7. Emas dalam akaun Program GAP tiada tarikh luput selagi adanya kami berniaga emas dan perak. Program GAP adalah penyimpanan sepanjang hayat.

8. Semua warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia yang mempunyai passport yang berumur 18 tahun ke atas boleh menyertai program GAP ini.

9. Program GAP juga boleh dijadikan program  Pelaburan Anak-anak
Anda boleh menamakan anak atau waris sebagai penama yang berumur kurang 18 tahun. Bagi anak-anak yang berusia 18 tahun ke bawah, ibu-bapa atau penjaga boleh membuka akaun GAP secara bersama (joint account), di mana ibu bapa atau penjaga akan menjadi pentadbir akaun tersebut, sehinggalah kanak-kanak itu mencecah usia 18 tahun. Ibu bapa atau penjaga boleh membeli dan menjual emas dari akaun GAP bagi pihak anaknya.

10.  Program GAP tidak mempunyai Buku Akaun  kerana pembelian emas program GAP boleh dibuat secara online . Namun penyata akaun GAP sentiasa di update dalam email @ invoice . Malah peyimpan emas dalam akaun GAP boleh menyemak jumlah emas dalam akaun masing2 24 jam 7 hari seminggu dengan cara login dalam laman sesawang public gold

11. Jika Pemilik Akaun GAP Meninggal Dunia
Pewaris pemilik akaun GAP boleh menuntut emas dalam akaun GAP dengan menyertakan dokumen sijil kematian, wasiat, surat mahkamah serta dokumen berkaitan.

12.Banyak kelebihan membeli emas program GAP antaranya :
      i. dapat membeli item emas yang kecil dengan harga murah. Contohnya, harga emas 1 gram hari ini (24 April 17) RM194, jadi jika keluarkan emas tersebut, harga gold bar 1 gram adalah RM194 + RM5 gold premium menjadikan harga berjumlah RM199. Harga gold bar 1 gram 24K yang sama jika dibeli secara terus atau ‘cash and carry” di Cawangan Public Gold atau arrahnu POS MALAYSIA atau dealer harganya adalah RM220.
     ii. Dapat keluarkan pelbagai jongkong emas atau emas dinar 24karat atau emas 999.9 LBMA bebas gst
   iii. Kemudahan beli atau top up beli emas gap online
   iv. Dapat keluarkan juga emas perhiasan atau emas gap diguna untuk mengerjakan umrah dan sebagainya..LAGI KELEBIHAN GAP KLIK http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/kelebihan-program-gap-public-gold/

13. Apakah Gold Premium
Gold premium adalah caj tambahan yang dikenakan ke atas semua belian emas fizikal Public Gold kerana kos pengangkutan penghantaran emas Public Gold yang dicop LBMA di Turki. Caj Gold Premium bergantung kepada jenis emas. Contoh jika kita keluarkan gold bar 1 gram LBMA dikenakan gold premium RM5, jika keluarkan gold bar 100g dikenakan caj gold premium RM50 dan sebagainya..

******************************************PM saya segera untuk saya bantu daftar akaun emas GAP anda.
Whatsapp 011-12185864
Founder Rangkaian Emas Mudah
@ Puan Ann
PG004190
Master Dealer Public Gold Semenjak 2010
“EMAS, MENGELAK KEBOCORAN WANG,
KALIS INFLASI, KEKAL UTUH SEPANJANG ZAMAN"

Thanks for your comment