Menyimpan Emas

Ini soalan yang biasa saya terima. "Jika saya beli jongkong emas ini, dimanakah saya boleh menyimpannya?" Jika saya ajukan soalan sedemikian kepada ibu saya, beliau akan menjawab,"Sebagaimana anda menyimpan barang kemas." Ada benarnya.. tapi adakah kita punya pilihan lain? Sudah tentu ada...
  • Kita boleh 'menyimpan' emas tersebut di bank-bank yang menyediakan perkhidmatan ar-Rahnu. Buat masa ini, ar-Rahnu Bank Rakyat tidak menerima jongkong/dinar emas (tetapi barang kemas tetap diterima)
  • Cara lain ialah menyimpan emas dalam peti simpanan atau Safe Deposit Box (SDB). Ada sesetengah bank/cawangan bank yang menyediakan perkhidmatan ini. Antaranya HSBC, UOB, EON, dan Safe Deposit Box Sdn. Bhd. Apa yang perlu anda nilai untuk memilih SDB ini, ialah bayaran yang dikenakan dan Insurance Coverage. [Saya kurang arif dengan SDB. Buat masa ini, itu sahaja yang saya tahu.]
  • [Update!] Menyimpan bersama Public Save, your reliable premier safe! Layari laman web Public Safe untuk maklumat lanjut http://www.publicsafe.com.my/

Pilihan-pilihan tersebut memang lebih selamat daripada simpan di rumah. Tapi pastikan, upah/bayaran simpanan tidak menyebabkan anda kerugian atau tidak balik modal!
Thanks for your comment