Keuntungan Melalui Emas Fizikal

Soalan ini memang lazim ditanya terutamanya oleh bakal pelabur emas. "Sekiranya saya membeli jongkong emas Public Gold (PG), bagaimana saya boleh mendapatkan keuntungan dari emas tersebut?" Nota: Jongkong emas PG adalah salah satu emas fizikal, yang ada dalam tangan kita, yang dimiliki dan disimpan.


Disini saya akan ceritakan bagaimana caranya untuk mendapatkan keuntungan itu. Pemegang emas fizikal boleh menjual sebahagian emas tersebut. Saya beri contoh:-

Katakan, anda membeli jongkong emas Public Gold sebanyak 20gram pada 09/09/2009 sebanyak 10 unit.
Tarikh Pembelian: 09/09/2009
Harga semasa: RM2500
Jumlah: 10 Unit.
Maka, RM 2500 x 10 = RM 25,000

Kemudian pada 01/01/2011, anda ingin menikmati untung kenaikan emas. Harga semasa emas pada 01/01/11 ialah RM 3,500.
Tarikh Jualan: 01/01/2011
Harga semasa: RM 3,500
Jumlah: 10 Unit.
Nota: Sekiranya kita ingin jual, PG akan kira berdasarkan harga WE BUY. 
Maka RM 3,500 x 10 = RM 35,000.

Keuntungan daripada emas tersebut selepas 16 bulan ialah RM 35,000-RM 25,000=RM10,000. Dari jumlah keuntungan itu, anda boleh menjual 4 unit gold bar 20g. Ini bermakna anda mendapat RM10K tersebut. Menguntungkan bukan?

.. dan emas dijangka semakin meningkat harganya.
Ramai pakar pelabur emas dunia dan pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan 10 tahun yang akan datang tidak lagi 457.66% seperti 10 tahun yang sudah, malah lebih tinggi lagi dan mungkin mencapai kenaikan 800-1000% menjelang tahun 2020.

Apa pilihan anda?
Thanks for your comment