Jawapan saya, YA! Emas dikenali dengan sifatnya yang inflasi sifar (zero inflation). Emas dijadikan pelindung dari ancaman kegawatan ekonomi dunia, masalah politik, masalah sosial atau krisis wang fiat (fiat currency crisis). Pasaran emas bergantung kepada spekulasi sebagaimana pasaran komoditi yang lain.
Nilai kekayaan sebenar diukur dengan tanah, rumah, emas dan perak. Pakar ekonomi menjangkakan akan berlaku krisis ekonomi dunia sehingga meruntuhkan sistem kapitalis. Kejatuhan sistem kapitalis yang didokong oleh penggunaan dolar akan menyebabkan wang fiat yang kita miliki sekarang menjadi tidak berguna.
Wang fiat yang digunakan pada hari dicetak oleh kerajaan, mengikut kehendak mereka. Nilai wang kertas itu hanyalah angka yang dicatat pada sekeping kertas, yang asalnya tidak mempunyai apa-apa. Ia hanya bernilai berdasarkan keyakinan pengguna kepada nilai wang tersebut. Apa akan terjadi sekiranya wang tersebut sudah tidak bernilai lagi? Wang-wang kertas sedia ada akan menjadi setaraf dengan duit-duit (permainan) Saidina. Tidak begitu dipandang.
"Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan." - Tun Dr.Mahathir Mohamad, dalam Perutusan Hari Raya 18/01/99

Emas tidak membuat orang semakin kaya. Tapi emas membuat orang tetap kaya. Apabila anda membeli emas, anda membeli emas sebenar. Itu adalah nilai kekayaan anda sebenar.Daripada anda menyimpan wang di dalam bank, adalah lebih baik anda menyimpan emas. Dengan kejatuhan nilai dolar sekarang, harga emas semakin naik. Maka bertindaklah sekarang!
Conversion Conversion Emoticon Emoticon